Dah bersedia KELENGKAPAN BERSALIN mak?

Siapa yang perlu siapakan? Mak ke ayah? Suami ke isteri?

Mestilah siapkan bersama- sama, sebab nanti senang bersedia untuk sebarang kemungkinan. (Manalah tahu tiba-tiba terpaksa bersalin secara ceaser macam Cik Hanis baru-baru ni.

Jom kita buat senarai semak.

Dokumen penting

1. K/P suami isteri dan salinan (photostat lah sesiap 2-3 keping)

2. Buku Pink (buku pemeriksaan antenatal)

3. GL (Guarantee Letter ni kena siapkan awal, sebab tak nak kelam-kabut kot time nak register tu sistem down. Pada yang guna HRMIS, pastikan dah update ya)

4. Sijil nikah dan salinan
Boleh simpan ni semua satu tempat dan wajib suami tahu.

Gajet

5.Quran/Ipod – ketenangan masa hadapi kontraksi

6. Telefon – rakam memori
Tapi selalunya memang bawa telefon je sebab dah install pelbagai apps kan. Cuma yang penting charger dan power bank.

Pengurusan Diri

7. Pakaian – masa keluar wad (dlm wad ada uniform)

8. Stokin – dapat kan yang lembut dan melekap, tak mahu yang longgar atau pun terlalu ketat.

9. Sweater – buat kasi hangat badan

10. Nursing Bra, Disposable panties

11. Maternity pad

12. Towel & face towel

13. Set Mandian (terbayang terus haruman Rich Oudh Ellsee tu, eksklusif sangat bau dia tu hilang terus penat meneran tu)

14. Wet Bag (untuk letak baju kotor, tak perlu susah nak cari plastik)

15. Bengkung untuk menampung perut ketika perjalanan dari wad ke kereta dan perjalanan dalam kereta menuju ke rumah.

16. Getah rambut yang tebal. (Baru tegang rambut tu dan kepala rasa BEST, tambah pula sapu CARE LOTION fuhhh paduan yang terangkat lah)

Mak-mak wajib bawa 5 in 1 GLAM foundation dan lip balm. Walau dalam pantang, masih kena jaga penampilan. Bila cantik berkeyakinan, emosi mak pun akan turut cantik. Jadi hormon pun akan cantik, barulah susu ibu pun akan lancar.

Extra tips:

Beg pengurusan diri kena buat dua set. Bermakna dua beg pakej 3 hari 2 malam. Untuk persediaan kemungkinan. Macam Cik Hanis lah, konfiden 2 malam je. Sekali 6 malam check in hospital. Menggagau lah Cik Abang cari barang-barang. Jadi kita ni nak mudahkan pihak mak supaya tak stress salah ambil itu ini, dan tak mahu peningkan si ayah tercari-cari.

Bab makan/minum tengah malam – Subtopik wajib buat ibu menyusu

17. Kurma, madu dan Air zam-zam, biskut

18. Minuman berkhasiat, biskut tawar ke masin ke buah tinggi vitamin C angkutlah bawa. Buat kudap-kudap dan minuman masa lapar.
Gelas, sudu garpu, flask air, botol air masak jangan dilupa.

Kemudahan bersama bayi

19. Carrier. (Strechy wrap atau Ring Sling, berguna untuk kangaroo care Lagi-lagi bayi yang preemie. Boleh juga guna semasa hari nak balik)

20. Nursing cover (senang jika tiba-tiba ada saudara mara lelaki datang kan baby nangis nak susu. Ataupun kot tetiba ada student medic nak interview kan)

21. Car seat (supaya kereta dah tersedia untuk baby’s first ride home)

Gajet penyususan

22. Jika mak berkerja, sediakan Pam susu awal. Senang bila nak hadapi kemungkinan. Mana tahu kot baby nak keluar awal, tak lah kalut. Paling tidak pun belajar cara nak marmet. Botol simpan susu siapkan sekali.

Item penting mak-mak moden

23. Care Lotion La Mamma (losyen panas yang wangi sebab di hospital tak boleh sembarangan minyak panas ya. Lagi-lagi yang bau minyak. Ni paling penting kot. Buat sapu kat dahi jadi pilis, sapu di badan jadi param, sapu kat perut bila perut masuk angin)

24. PostMamma (suplemen untuk penyembuhan luka ibu, beri tenaga dan sistem penghadaman yang baik. Kenapa postmamma ? Sebab jus nya sedap tak pahit langsung dan rasa manis Kurma dan masam delima). Untuk ibu yang ada cyst, PCOS dan fibroid boleh teruskan dengan premamma.

Akhir sekali amanat dari Kaunselor Laktasi

25. Mak-mak dan ayah-ayah tolonglah gali banyak-banyak ilmu. Ilmu penyusuan, ilmu Kelahiran bayi, ilmu keibubapaan. Best tau bila kita belajar ni. Buat kita jadi seronok masa alami nanti.

 

Cik Hanis kongsi berdasarkan pengalaman sendiri. Bersalin secara normal dan ceaser.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *