Tak semua orang mempunyai modal yang tinggi untuk mula berniaga dengan mengeluarkan produk sendiri. Kalau anda minat nak mula berniaga, tapi tak ada modal yang banyak, anda boleh mulakan dengan menjadi ejen sesuatu produk. Dengan cara yang betul, anda mampu  menjana pendapatan yang tinggi walaupun hanya menjadi ejen!

Akak Timun sharekan 3 tips menjual produk orang lain – khas untuk newbies bisnes.

1. Kenali produk, founder, misi & visi syarikat

Penting untuk kita kenal latar belakang dan hala tuju sesuatu syarikat supaya bisnes kita dapat berkembang walaupun sekadar menjadi ejen dropship. Paling best kalau founder produk sendiri yang sama-sama turun padang mengajar ejen dan bagi marketing tools yang lengkap supaya senang untuk kita menjual. Takdelah nanti bila founder hanyut, kita pun sama-sama ke laut dalam 😅

2. Fahami USP produk

Kenali USP – unique selling point atau poin unik menjual produk yang kita nak jual tu. Contohnya, jika kita menjual tudung, di pasaran memang dah ada banyak tudung, so apa yang uniknya tentang tudung kita tu yang tak ada pada tudung-tudung lain? Baru lah orang tertarik nak beli produk kita kan? Jika founder produk sudah ajar tentang USP produk, kita cuma perlu fahamkan dan tanam dalam ingatan supaya bila ada potential customer tanya nanti, senang kita nak cerita. Sekali gus senang kita nak buat sale! Best kan?

3. Target market yang jelas

Pastikan kita kenal siapa bakal customer kita dan kat mana kita nak cari mereka. Jika kita menjual dalam Facebook, kita boleh menjual di dalam group-group atau wall kita sendiri. Pastikan friendlist kita dipenuhkan dengan bakal-bakal customer, bukan sembarangan add orang ya! Pastikan kita betul-betul faham Customer Avatar sebelum kita add mereka di Facebook. So takdalah kita syok sendiri promote nanti, tapi krik krik aje!

Jadi, sebenarnya dengan menjual produk orang lain pun kita dah boleh berbisnes kan? Semoga tips-tips ni dapat membantu anda yang tengah berkira-kira nak mulakan bisnes.

Love,

Nurza @ Akak Timun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *