Assalamualaikum  Mommies.

Biasa tak mommy berhadapan dengan anak anak yang suka bergaduh? Bila anak sorang je rasa sunyi kan? Bila anak ramai? Dua, tiga atau empat? Tak boleh lari dari aktiviti bergaduh kan?

Berebut mainan lah, berebut selimutlah. Hai. Macam macam idea untuk berebutkan sesuatu.Masing masing tak mahu mengalah. Drama ini selalunya akan berakhir dengan tangisan. Yang peningnya mommieslah yang nak meleraikan perbalahan anak anak kan?

Secara psikologinya, anak anak masih memandang dunia berpusat kepada dirinya sahaja. Segala yang dia suka automatik akan menjadi miliknya. Mereka masih berada dalam dunia ego mereka sendiri. Terutama anak sulung. Bila dah ada adik, abang akan berasa insecure. Terpaksa berkongsi segala yang sebelum ini miliknya.

Namun, perkara ini tidak sepatutnya dipandang ringan oleh ibu bapa. Apabila anak-anak bergaduh ( selalunya berebutkan sesuatu), maka ibu bapa perlu melakukan sesuatu untuk meleraikan perebutan atau pergaduhan antara anak anak. Macamana nak leraikan pergaduhan anak anak  kecil ni? 5 tips di bawah mungkin dapat membantu ibu ibu.

  1. Berikan perhatian

Ibu  atau ayah yang mendengar anak anak bergaduh perlu memberi perhatian kepada pergaduhan mereka. Jangan hanya berharap mereka dapat menyelesaikan pergaduhan itu sendiri.

Bukan apa , kita bimbang, anak anak yang tidak dileraikan perbalahannya, maka yang sentiasa menang akan berasa dirinya mesti sentiasa lebih kuat, akan berasa dia tak pernah bersalah.

Dia mungkin memiliki sikap dalam apa apa jua perkara, dialah yang mesti menjadi pemenangnya. Mengabaikan mereka hanya akan membuat mereka rasa senang hati kerana tidak diawasi.

 

  1. Pisahkan Anak

Leraikan atau pisahkan terlebih dahulu anak anak yang bergaduh agar mereka masing- masing lebih tenang. Leraikan dan usap kepala mereka dengan membaca ayat Al-Quran atau doa. Pastikan kemarahan masing – masing sudah susut atau ketegangan sudah kendur sebelum tindakan seterusnya diambil.

Hati yang sejuk lebih mudah nak dipujukkan?

 

 

  1. Jangan menyebelahi sesiapa

Anak yang bertengkar selalunya mengambil masa yang singkat untuk berdamai semula jika kena caranya. Anak anak yang masih kecil masih suci jiwa mereka. Sekejap saja mereka akan melupakan apa yang berlaku dan berbaik baik semula. Jadi penting untuk ibu bapa agar tidak memihak kepada kepada seorang anak sahaja.

Jangan sesekali ibu atau bapa menyalahkan si abang salah dan si adik yang betul atau sebaliknya. Sudah pasti yang dituduh menjadi penyebab akan berasa dirinya tidak disenangi oleh ibu ayah. Asal bergaduh je, abang yang salah. Asal bergaduh je abang yang salah.

Kebiasaan menyalahkan seorang anak dan memenangkan seorang anak yang lain hanya akan menumbuhkan rasa dendam dan sikap memberontak dalam diri anak.

 

     4. Beri peluang kepada anak untuk berbicara

Dengar pendapat anak. Saat anak bertengkar dan ibu atau ayah mula campur tangan, mereka juga mahu pendapat mereka didengari. Jika ibu atau ayah mahu mendengar pendapat mereka pun, mereka sudah berasa tenang.

 

Jadi sebelum memberikan kata putus atau penyelesaian kepada masalah ini, ajar anak agar menyuarakan pendapat mereka. Sebaiknya -baiknya bawalah anak ke tempat lain  dari adik atau abang untuk mendengar luahan hati mereka. Sebab kalau dekat, pasti ada yang nak menegakkan kebenaran masing masing

 

  1. Selesaikan perbalahan perbalahan anak anak

Dah dengar luahan hati anak-anak?

Maka selesaikanlah dengan baik dengan memberi jalan untuk mereka berdamai. Ajar anak-anak menghormati antara satu sama lain. Ceritakan kebaikan abang kepada adik dan begitu juga sebaliknya. Puji anak-anak kerana anak anak suka dipuji. Orang dewasa pun suka dipujikan? Apalagi anak – anak. Elakkan mengkritik atau memberi komen negatif walaupun ketika mereka dimarahi supaya timbul perasaan hormat terhadap ahli keluarga.

In Shaa Allah anak -anak yang dipuji cepat sejuk hatinya.

 

Dalam hal ini, ibu dan ayah lah yang perlu banyak bersabar. Sentiasa berdoa agar anak anak lembut hati. Ajaklah anak anak melakukan aktiviti yang boleh membina kerjasama antara mereka.

Semoga bermanfaat untuk ibu semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *