Kebanyakan ibu-ibu akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak semasa mengandung. Betul tak? Ini mungkin disebabkan cara kita makan dan kurang bersenam atau mungkin tak bersenam langsung (macam saya lah tu) sepanjang kehamilan. Saya nak share 7 tips mudah untuk ibu-ibu kekal langsing selepas bersalin seperti yang saya amalkan.

1. Menyusukan anak sekerap yang mungkin.
Baby baru lahir akan menyusu setiap 3 jam tau. Menyusu badan akan membantu mempercepatkan proses pengecutan Rahim dan meningkatkan kadar metabolisma badan seorang ibu. So, secara tak langsung akan membantu penurunan berat badan dengan cepat! Best kan?

2. Pemakaian bengkung, bertungku dan berurut.
Sejak dari dahulu lagi, nenek dan ibu kita mengamalkan pemakaian bengkung dan bertungku sepanjang tempoh berpantang (44 hari). Sapukan campuran kapur putih dan limau nipis atau losyen panas sebelum berbengkung bagi membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak-lemak di perut. Kalau macam saya, sapu #carelotion losyen panas wangi je senang!

3. Minum air kosong secukupnya.
Ibu yang menyusu badan, perlu minum air kosong 2-3 liter sehari bergantung kepada berat badan. Air kosong juga membantu proses penghadaman, meningkatkan kadar metabolisma dan mengurangkan berat badan dengan cepat.

4. Amalkan diet “Tinggi karbohidrat dan rendah lemak”
Makan dengan kerap, tetapi pada ‘portion’ yang kecil. Contoh menu yang boleh diamalkan ialah ‘smoothies’, oat, buah-buahan, nasi, kekacang, salad, air kelapa, jus buah-buahan, salad kentang, dan sayur-sayuran. Elakkan makanan yang berlemak dan berminyak. Ambil nisbah pada suku-suku-separuh ya!

5. Bersenam 3-4 kali seminggu, selama 30 minit.
Senaman yang bagus untuk ibu-ibu selepas bersalin seperti latihan ‘Kegel’, berjalan 1000 langkah, tekan tubi atau ‘sit up’. Kata nak perut kempis kan?

6. Makan supplement atau jamu.
Ambil jamu atau supplement yang mengandungi minyak ikan, multi-vitamin dan kalsium bagi mengembalikan semula tenaga selepas bersalin. Kalau ibu-ibu memilih untuk makan jamu, pastikan bayi anda tidak mengalami jaundice atau cirit birit, jika tidak, hentikan dulu dan sambung semula selepas bayi sihat (jika bayi menyusu badan).

7. Jangan stress
Stress boleh menyebabkan kegemukan. Oleh itu, ibu-ibu haruslah sentiasa bertenang, rileks dan enjoy kehidupan baru bersama orang baru dalam keluarga. Ibu-ibu perlu bermotivasi dan jangan berputus asa ya!

Keep calm and enjoy your new life!

 

Love,

Nurza @ Akak Timun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *