Ellsee adalah satu jenama di bawah syarikat Love Connections Sdn Bhd (LCSB) yang merupakan sebuah syarikat tempatan milik Bumiputera dan beroperasi di Gombak, Selangor.

Syarikat ini merupakan pengeluar produk kesihatan untuk ibu hamil, ibu berpantang, bayi dan kanak-kanak dan juga beberapa produk kecantikan. Misi Ellsee adalah untuk memperkasakan wanita melalui Kesihatan, Kecantikan dan Bisnes.

Ellsee Boomers pula merupakan salah satu tim pasukan yang mempunyai beberapa agen sah dari seluruh Malaysia. Tim ini terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai pelbagai latarbelakang dari yang tiada pengalaman berniaga sehinggalah kepada yang telah mempunyai perniagaan dengan jenama sendiri. Kami mempunyai satu MATLAMAT & IMPIAN yang sama. Kami bermula dari satu langkah yang sama iaitu bermula sebagai Dropshipper. Bermula dari langkah tersebut kami dididik dan diberi ilmu yang tidak putus agar kami naik dari satu peringkat ke satu peringkat sehingga ke peringkat tertinggi iaitu sebagai Stokis.

Kami sentiasa memberi yang terbaik, berusaha bersama dalam satu pasukan, sentiasa memberi semangat di antara satu sama lain.