Bengkung dan Kay berpisah tiada.

Haha macam drama melayu tak? Kan. Kay sebelum kahwin dulu pun memang dah pakai korset bagai. Ini sebab ikut mama dulu pakai bengkung asyik nampak awet muda selalu. Sampai pergi mana mana mesti orang ingat kakak dan adik.

Kawan kawan sekolah pun puji benda sama. Nampak mama Kay sangat awet muda. Rahsia dia pakai bengkung. Dulu pakai yang macam dalam cerita mat salleh tu yang kena tahan nafas pastu tarik tali dia bagi ketat.

Memang jenuh menahan nafas tapi sekarang dah banyak jenis dah. Jadi lebih mudah untuk pakai bengkung.

Masa bersalinkan anak pertama ni, rezeki dah terpaksa bersalin czer sebab dah induce 3 kali selama 3 hari tapi jalan tak buka juga. Redha jelah kena czer. Masa tu pun memang dah tak larat dah rasanya.

Terlalu lama tanggung sakit induce selama 3 hari. Jadi bila doktor kata kena czer, sebenarnya tak bersedia pun mindset nak kena czer.

Apapun Alhamdulillah sebab semua selamat. Berbalik kepada bengkung tadi. Pagi esoknya selepas 12 jam bersalin czer, doktor pun suggest Kay pakai bengkung untuk support luka czer. Jadinya datang pakar fisio untuk tunjuk cara pakai bengkung supaya mudah untuk Kay bangun dan bergerak.

So dia pun fitting kay bengkung. Masa tu size L yang sesuai dengan Kay.

Ramai yang kata bila bersalin czer tak boleh pakai bengkung tapi yang sebnarnya lebih elok pakai bengkung tapi ada jenis bengkung yang sesuai untuk orang bersalin czer.

Macam dalam gambar ini, kay pakai jenis strap ini sepanjang pantang dan habis pantang. Sejujurnya Kay lebih mudah bergerak sebab Kay rasa tempat luka czer tu seolah olah diampu dan dipegang elok. Jadi Kay tak rasa risau sangat. Walaupun ada masa macam rasa tak yakin. Tapi sebenarnya lebih okay pakai dari tak pakai.

Bengkung yang dipakai sepanjang berpantang salin czer

Sebab masa minggu pertama, Kay banyak berulang ke hospital sebab anak kuning tinggi kena duduk bawah lampu biru sepanjang masa kecuali masa susu dan mandi sahaja.

Jadinya kalau tak pakai lagi rasa tak yakin nak bangun dan jalan. Berpantang czer tak jauh beza dengan berpantang salin normal. Sama sahaja. Doktor pun kata makan diet seimbang untuk luka cepat baik dan kembali tenaga supaya susu badan pun meriah untuk anak.

Cuma bila bertungku, bidan tak tungku kat perut tapi kat tempat lain semua macam biasa. Mama pula selalu sediakan lauk ikan gelama sebab ikan gelama fresh bagus untuk membantu baik luka czer.

Jadinya nak cerita disini. Boleh sebenarnya nak pakai bengkung time berpantang czer dan pakailah walaupun dah habis pantang untuk mengelakkan perut mengelebeh ๐Ÿ˜Š

Dan sebab Kay pakai bengkung setiap hari, saiz bengkung dari L ke M dan kini ke S. Seronok rasanya boleh balik ke korset lama masa sebelum kahwin. Tips dia ialah Kay sapu care lotion LaMamma. Memang rasa panas yang best bila pakai losyen dengan bengkung sambil sambil mengawal pemakanan kita juga

๐Ÿ˜‰

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *