Ada bakal ibu yang sedang mengandung pada usia bayi 11 minggu dalam kandungan? Tahu tak pada usia 11 minggu ini, di hujung jari bayi mula membentuk tempat atau rumah untuk kuku. Pada usia 12 minggu pula kuku dah mula tumbuh tau.. awal kan..   Ehh.. ada juga ibu yang terfikir kuku bayi panjang dalam kandungan nanti dia lukakan perut ibu.. 😅. Tu yang  agaknya perut kadang rasa gatal bila makin besar . Hihi..

 

Sebenarnya bukan begitu ibu..  Panjang kuku bayi takkan begitu cepat panjangnya dalam kandungan. Kepanjangannya akan seiring dengan usia kandungan. Maknanya bila sampai waktu bayi dilahirkan panjang kuku akan lengkap sampai ke hujung jari.  MasyaaAllah, hebat sungguh kejadian dan kebesaran Allah. Insaf kita ni sebagai hambaNya yang kerdil.

 

Pastinya yang bakal bergelar ibu tidak sabar untuk melihat bayi pertama masing-masing kan. Moga ibu dan bayi diberikan kesihatan yang baik sentiasa.

 

Sekian perkongsian Cik Anor kali ini. Sebarang info berkaitan dan pandangan bolehlah ditulis di ruangan komen di bawah.

Info lanjut berkenaan pemakanan sihat buat ibu dan bayi sila klik link ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *