Boleh Ke Ibu Hamil Makan Durian?

Siapa suka durian? Ramai peminat Raja Buah ni kan. Lagilah sekarang tengah musim. Macam-macam jenis hidangan seperti kek durian, pau durian, kerepek biji durian, serawa durian dan macam-macam lagilah. Semuanya sedap. Memang mengundang rasa nak makan semuanya. 😁

Persoalannya boleh ke ibu hamil, #makyong makan durian sebenarnya ni? Ada yang kata boleh makan, ada pula kata tak boleh makan langsung sebab nanti baby dalam perut panas.

Durian ni sebenarnya banyak mengandungi zat zat berkhasiat yang diperlukan ibu hamil. Antaranya khasiat zink untuk kesihatan mata dan kulit, kalsium untuk kepadatan tulang, asid folik untuk menambah sel darah merah bagi perkembangan saraf janin dan potasium untuk fungsi ginjal. Durian juga sumber bekalan tenaga segera.

Walaubagaimanapun durian ini juga tinggi glukosa, kalori, asid arachidonat, alkohol dan kolesterol.
Sedia maklum alkohol tidak boleh diambil ibu hamil. Kandungan alkohol dalam buah durian sama seperti bahayanya dengan minuman beralkohol.

Ini BAHAYA DURIAN yang diambil BERLEBIHAN oleh ibu hamil :

1. Bayi Lahir Pramatang

Lahir tak cukup bulan dan risiko masalah paru-paru dan jantung.

2. Keguguran

Kandungan alkohol di dalam durian mengakibatkan rasa panas di dalam perut atau rahim. Janin tak boleh berada dalam suhu panas. Lebih lebih lagi di awal kehamilan.

3. Kontraksi

Asid arachidonat merangsang pembentukan prostaglandin yang menyebabkan kontraksi pada ibu yang sedang hamil.

4. Cacat Janin

Alkohol dalam durian jika diambil secara berlebihan boleh menjadi penyebab janin cacat dalam kandungan dan merosakkan organ-organ penting.

5. Mengalami Diabetes

Disebabkan kandungan glukosa yang tinggi. Diabetes juga boleh menyebabkan kontraksi.

6. Mengalami Hipertensi

Kadar kolesterol yang tinggi di dalam tubuh ibu hamil boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah yang mengakibatkan tekanan darah tinggi.

7. Tinggi Kolesterol

Bahayanya kolesterol boleh diturunkan ke janinnya. Kolesterol sendiri menyebabkan masalah jantung dan strok. Darah tidak mengalir lancar disebabkan penyumbatan salur darah.

8. Mengalami Preeklamsia

Tanda Preeklamsia ialah pembengkakan muka dan tangan ibu. Jika kronik hingga bengkak 1 badan boleh menyebabkan janin meninggal dalam kandungan dan kematian ibu.

9. Bayi Besar

Kandungan kalori dan glukosa yang tinggi pada buah durian memungkinkan berat badan bayi besar. Kemungkinan akan bersalin secara caesar.

10. Janin Kekurangan Oksigen

Penyempitan pembuluh darah secara automatik mengakibatkan aliran oksigen di dalam tubuh ibu hamil tidak lancar begitu juga ke tubuh bayi. Jika janin kekurangan oksigen, janin akan lemas sehingga gerakannya menjadi tidak aktif.

11. Kekurangan Darah

Aliran darah ke janin yang tidak lancar menyebabkan janin kekurangan sel darah merah. Bayi akan mengalami anemia.

Bagi ibu hamil yang mengidam makan durian ini dia sedikit tips.

TIPS MAKAN BUAH DURIAN :

1. Makan sedikit saja. Buat rasa mengidam hilang.
2. Jangan selalu sangat makan.
3. Banyakkan minum air putih.
4. Lepas makan durian, jangan minum minuman berwarna seperti teh atau kopi.
5. Minum air dari pangsa durian untuk meneutralkan bau durian & elak rasa pening.
6. Makan sayur seeloknya lepas makan durian. Elakkan daging sebab tinggi lemak.

Jadi, berpada-pada dan beringat ya mommy…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *