In order to succeed, we must first believe that we can”

– Nikos Kazantzakis-

Setuju? Bila kita sudah tetapkan minda kita untuk melakukan sesuatu perkara , kita mesti yakin kita boleh.

Menarik sebenarnya teori Law of attraction kan. Kita menarik apa yang kita fikirkan.

Jadi Kay nak share 3 cabaran orang bisnes sebab ramai yang rasa bisnes ini sangat mudah. Tapi hakikatnya ia ada perjalanan yang penuh cabaran sebelum dapat merasa kemanisan berbisnes.

Cabaran 1 – Mudah kecewa

Di permulaan berbisnes, kita akan sentiasa ada cabaran demi cabaran, andai kita tidak mempunyai minda yang kental dan positif maka sangat mudah untuk kita rasa kecewa. Ramai yang kecundang kerana rasa tersaangkut disitu. Bila minda dan emosi tidak kental, ramai yang putus harapan atau terus terhenti. Maka pentingnya mempunyai kenalan atau “positive circle” supaya kita sentiasa boleh terus melangkah.

Cabaran 2 – modal rentung

Ini kalau ada banyak duit tidak mengapa untuk rentung dan leburkan disana sini tapikan rugi. Rugi masa, tenaga dan wang tapi masih tak nampak pulangan modal. Ramai yang memulakan bisnes rasa perlu memulakan bisnes dengan terus mengambil pinjaman modal yang besar. Ini selalu terjadi apabila mulakan perniagaan dengan membuka kedai mengunakan modal pinjaman. Ini antara kes ramai jatuh muflis di awal perniagaan. Jadi jangan mulakan sesuatu bisnes dengan modal yang besar. Mulakan dengan asas. Bermula dari affiliate marketing ke dropship dan seterusnya untuk kembangkan bisnes dari situ. Back to basic kerana tak salah bermula dengan modal apa yang ada di tangan.

Cabaran 3 – Tidak rompak duit sendiri.

Selalu yang buat bisnes ini bila mula nampak bisnes mula untung, terus belanja mengikut nafsu. Baru setahun berniaga dah mula beli kereta besar, rumah dan sebagainya. Seronok nampak duit untung tapi rupanya banyak lagi kos kos bisnes yang lain yang masih belum dikira. Duit untung yang sepatutnya ditolak untuk jadi  modal pusingan, modal gaji untuk pekerja, bajet untuk marketing dan sebagainya. Maka jadinya kita perompak kepada perniagaan kita sendiri. Bisnes tidak sampai 3 tahun sudah tutup sebab kita tidak menguruskan hasil untung bisnes dengan betul.

Maka cabaran cabaran ini selalunya perlu ditangani untuk mereka yang baru berjinak dalam bidang bisnes. Terutamanya untuk fasa 3 tahun pertama dalam perniagaan agar bisnes kita boleh terus berkembang seiring dengan matlamat perniagaan kita.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *