Setiap kelahiran biasa yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh bayi dilahirkan. Cara daftar bayi baru lahir di Malaysia cukup mudah denga mengikuti syarat-syarat yang telah digariskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

 

Panduan Pendaftaran Kelahiran Biasa

 

Pendaftaran kelahiran bleh dilakukan olh ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak yang sah dengan membawa dokumen sokongan berikut semasa proses pendaftaran di mana-mana kaunter pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara.

 

Beberapa dokumen perlu disediakan dengan lengkap sebelum dikemukakan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Dokumen yang perlu dikemukakan

  1. Borang daftar kelahiran JPM.LMOI
  2. Borang pengesahan kelahiran daripada hospital
  3. Buku prenatal (asal dan salinan)
  4. Kad pengenalan ibu/bapa/individu yang melaporkan (asal dan salinan)
  5. Sijil kematian ibu atau bapa (jika berkenaan)
  6. Sijil perkhwinan atau penceraian (asal dan salinan)

Kebiasaannya borang daftar kelahiran JPM.LM01 disediakan oleh pihak hospital sebelum ibu dan bayi dibenarkan keluar dan penerangan dokumen sokongan yang perlu dibawa juga diterangkan oleh pihak hospital.

Diharap pengkongsian memudahkan dan memberikan gambaran tentang proses menyediakan dokumen dengan lengkap sebelum ke Jabatan Pendaftaran Negara.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *