Anak-anak pada zaman sekarang semakin banyak pendedahan kepada dunia teknologi. Tidak lagi sama seperti zaman kita semasa kecil 30-40 tahun dahulu.

Anak-anak zaman ini, sangat cepat belajar daripada apa yang mereka nampak. Kita sebagai ibubapa pada zaman ini juga tidak sah jika tiada gajet seperti telefon bimbit dan tablet. Jadi tidak hairanlah anak-anak menjadikan kita ibubapa sebagai idola mereka. Apa yang kita buat, itu juga yang mereka mahu buat. Mereka juga mahu gunakan tablet atau telefon sepertimana kita.

Paling mempengaruhi mereka dalam dalam pengunaan gajet tersebut adalah aplikasi permainan dan video kartun. Bila mereka sudah mula menyukai kepada aplikasi dan video tersebut, maka bermulalah episod ketagihan mereka. Tambahan pula ada sesetangah ibubapa yang memang memberikan anak-anak mereka gajet untuk tidak mahu mengganggu mereka membuat kerja masing-masing.

Ketagihan gajet ini sebenarnya meninggalkan banyak kesan negatif. Antaranya anak tidak fokus semasa sesi pembelajaran di sekolah dan kurang kemahiran bersosial.

Ibubapa mesti mengawal penggunaan gajet di kalangan anak-anak sebelum terlambat. Ia WAJIB dikawal sebelum anak-anak tidak dapat dikawal lagi. Bukannya tidak boleh langsung memberikan mereka guna gajet sampai mereka ni seperti orang buta teknologi gajet tablet & phone ni. Tetapi kita hadkan penggunaan mereka.

Jadi, di bawah post ini disertakan 8 gambar “cara bagaimana mengurangkan penggunaan gajet di kalangan anak-anak berdasarkan pengalaman beberapa ibubapa yang dikongsikan dalam blog mereka.

Kita sebagai ibubapa juga digalakkan sentiasa berdoa mohon dilembutkan hati anak kita dan dapat cara terbaik untuk mengatasinya.

Sebelum ikuti 8 cara di bawah, pastikan dalam tablet atau telefon bimbit tidak mempunyai aplikasi permainan lebih dari 3 dan video berdurasi lebih 10 minit. Pastikan juga data internet atau wifi dimatikan.

Berikut adalah 8 cara untuk mengatasi anak yang ketagihan gajet :

Cukup sekadar hadkan penggunaan kepada 20% bateri atau kurang.

Boleh sorok gajet di tempat tinggi dan tersorok. Beritahu mereka gajet tertinggal di pejabat. (Terpaksa tipu sedikit)

Jangan berikan KUASA penuh kepada gajet kepada mereka. Mereka perlu difahamkan bahawa mereka hanya meminjam gajet kita. Sekali kita beri kuasa penuh kepada mereka, mereka juga akan ada kuasa tidak memulangkan kepada kita semula.

Aktiviti sebegini buat anak menanti-nanti aktiviti minggu berikutnya.

Semoga memberi manfaat buat ibubapa sekalian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *