Selalu cramp kaki atau sering mengalami kekejangan otot? Mesti pernah terjadi bila kaki kita tetiba rasa cramp atau masalah kekejangan otot? Kerap? Awas tau kerana itu menunjukkan tanda tanda badan kita mungkin mengalami masalah. 

Antara PUNCA terjadinya cramp :

Apabila bekalan darah yang tidak mencukupi, saluran arteri yang berfungsi menghantar darah ke kaki tersempit akan menyebabkan kekejangan otot ketika kita bersenam atau bersukan. Lazimnya kekejangan otot seperti ini akan hilang selepas kita berhenti bersenam.

Berlakunya himpitan pada saraf. Himpitan pada saraf dalam tulang belakang kita juga boleh menyebabkan kekejangan di kaki. Selalunya, rasa sakit akan bertambah teruk jika kita berjalan atau berdiri terlalu lama.

Punca seterusnya adalah disebabkan kurang mineral dalam badan. Apabila badan kita terlalu sedikit pengambilan kandungan kalium, kalsium atau magnesium dalam diet harian kita, ia boleh menyumbang kepada kekejangan otot/cramp.  Ada juga jenis jenis ubatan seperti ubat Diuretics yang biasanya diberi kepada mereka yang mempunyai masalah darah tinggi  juga antara faktor menyebabkan kekurangan mineral

Siapakah mereka yang sering mengalami masalah ini

1. Atlet

2. Ibu hamil

3. Warga tua

4. Mereka yang mengalami masalah perubatan

Antara CARA MENGATASINYA adalah dengan

1. Amalkan diet yang seimbang setiap hari dengan mengamalkan pengambilan nutrisi yang cukup untuk badan kita.

2. Elakkan diri dari dehidrasi kerana air membantu otot kita untuk mengecut dan rehat dan mengekalkan sel otot kita sentiasa hidrat.

3. Lakukan regangan otot sebelum dan selepas kita menggunakan sesuatu otot untuk melakukan aktiviti yang mengambil masa lama. Jika kita senang cramp atau sering kekejangan otot pada waktu malam, lakukan regangan sebelum tidur. Senaman ringan, seperti mengayuh basikal statik untuk beberapa minit sebelum tidur juga dapat membantu menghalang kekejangan berlaku ketika tidur.

4. Sapu krim atau losyen panas yang boleh bantu lancarkan aliran darah di kaki. Legakan lenguh dengan urutan untuk mengelakkan kaki mengalami kekejangan otot. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *