Ibu berpantang dah mandi?
En Abang dah siapkan air rebusan sebelum gi kerja ya. Sweet sangat.. memahami isteri tersayang.

Bila dengar MHI pagi ni topik menarik persediaan menanti kelahiran anak,
antara persediaan yang perlu dibuat selain keperluan nak bersalin si ibu dan keperluan barang baby selepas bersalin tu, ilmu penjagaan dalam pantang tu perlu diketahui oleh si ibu dan ayah tau. Pentingnya bakal ayah ambil tahu. Janganlah serah bulat bulat kepada orang lain.

Ni Cik Anor kongsi resepi mudah nak buat mandian herba buat isteri pagi pagi tu. Jika tak dapat banyak daun pun tak apa. 5 jenis daun dah memadai. Yang penting si ibu mesti amalkan mandian herba ni untuk sepanjang 44 hari tempoh berpantang. Barulah ibu rasa segar, bertenaga dan wangi.

Pilihlah jenis daun dalam bilangan ganjil sebaiknya. Ambil 5 jenis daun sekurangnya.

Daun pandan
Daun sireh
Daun Limau Purut (rebus dengan durinya sekali untuk elak meroyan)
Daun serai wangi
Daun lengkuas
Daun kantan
Daun mengkudu
Daun inai
Daun kunyit

Bersihkan semua daun daun tu dan rebuskan. Senangkan..๐Ÿ˜„

Nak lebih rasa lebih best orang kata, masukkan juga hirisan limau purut, halia, lengkuas & halba. Bahan ni dibunjutkan dalam kain sebab tak nak bersepah biji halba tu.

Tak susah pun jaga isteri berpantang ni. Emosi si ibu perlu dijaga sebaiknya sebab masa nilah emosi tak stabil, mudah tersentuh emosi, jiwa kosong. Mudah sangat nak kena gangguan. Jika boleh jangan biarkan ibu sendirian ya.

Ok. Selamat berpantang duhai ibu. Banyakkan zikir sambil sambil susukan baby. Dan selamat menjaga si isteri dengan penuh kasih sayang ya untuk si ayah sado.

Psstt.. jamu moden Postnatal tu jangan miss minum tau. Barulah ummph.. kuning turun, susu meriah, anak tidur lena kekenyangan. ๐Ÿ˜Š

Like FB : La Mamma JB juga tau
Info lanjut boleh wasap http://lamammajb.wasap.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *