Sakit semasa menyusu biasa terjadi di kalangan ibu baru. Lekapan yang kurang tepat membuatkan puting ibu sakit akibat bergesel dengan lelangit anak. Namun, ada ibu yang cuba membuat lekapan yang baik tapi tidak berjaya dan masih sakt semasa menyusu

Mommy boleh perhatikan keadaan lidah baby kerana dikhuatiri TONGUE TIE atau dalam bahasa pasarnya LIDAH PENDEK. Tongue tie terjadi kerana gentian di bawak lidah terlalu pendek dan bayi tdak dapa menjulurkan lidahnya semasa menyusu

 

Selalunya saya assist ibu yang mengalami masalah penyusuan. Pernah ke rumah ibu dalam pantang yang menyusukan anak sampai luka, menangis kerana sakitnya menyusu. Bila disemak cara menyusu, awalnya bagus namun akhirnya meluncur.

 

Anak pertama, memang tak tahu apa
Ibu mahu berikan yang terbaik
Menyusu juga walau menahan sakit

Rupanya bila dilawat
Baby ada “tongue tie”
Habis kedua belah puting ibu luka

 

 

 

PENGALAMAN SENDIRI – Baby tongue tie dikesan seawal 12 jam

Kali ni, saya alaminya sendiri. Ziyad dilahirkan overdue 9 hari dengan berat 4.23 kg. Sungguh saya tak sabar untuk menyusukannya semasa 30 init pertama dalam labour room. Yes!! Dapat. Namun ada kelainan yang saya kesan semasa menyusukan Ziyad.

 

Sedutannya slow, tak grip dan bukaan mulut luas dan lekapan yang dibuat tak berjaya memberikan rasa yang sepatutnya. Bila masuk wad, saya tilik ke dalam mulutnya. INta bawah lidah, perhati bila Ziyad menangis.
Alhamdulillah berbekalkan ilmu seorang Kaunselor Laktasi Tongue tie adik baby dikesan awal
Di hari pertama menjengah dunia

 

Tongue tie:

1- Baby tidak dapat menyusu dengan betul. Kita akan dapat mendengar bunyi ‘KLIK’ semasa bayi menyusu
2- Lekapan bayi semasa menyusu hanya bertumpu pada hujung nipple.

3- Kenaikan berat badan bayi akan lambat kerana tidak minum susu dengan baik. Bayi meragam dan tidak tidur lama. Bayi juga akan suka melekap melebihi 1 jam

4- Puting ibu luka dan sakit setiap  kali bayi menyusu

5- Bayi lambat bercakap dan sebutan beberapa huruf juga tidak jelas

 

Tongue tie tidak memberikan kesan kepada ibu yang menyusu melalui botol, namun bagi ibu yang MENYUSUI BAYINYA , tongue tie adalah masalah yang perlu diatasi SEGERA

 

Ibu harus berjumap Doktor bagi membantu bayi untuk proses FRENOTOMI

Ia adalah proses memotong sedikit frenulum (gentian di bawah lidah) supaya lidah bayi lebih bebas dan proses menyusu menjadi lebih mudah. Ohhhh ngerinya! Jangan risau mommy, proses frenotomi ni lebih mudah dari menindik telinga anak

 

Bayi berumur kurang satu bulan tidak memerlukan bius. Doktor hanya meletakkan losyen kebas di bawah lidah Ziyad dan seterusnya proses memotong frenulum dilakukan. Untuk bayi berumur sebulan ke atas, bius akan diberikan dan bayi yang berumur lebih 6 bulan, ia perlu dijalankan melalui proses pembedahan. Lagi cepat ibu berjumpa dengan doktor, prosesnya lebih ringan

Bersama Dr Koe selepas proses Frenotomi dijalankan pada usia Ziyad 43 jam

 

Selepas Frenotomi dilakukan, bayi boleh terus menyusu. Ibu akan rasa lebh selesa dan bayi akan puas menyusu. Pendarahan hanya sekadar 1-2 titik  di frenulum kerana jarang ada pembuluh darah di situ.

 

Ibu menyusu, sesungguhnya menyusu itu relaks dan selesa. Tiada kesakitan malah ketenangan

Andai ibu rasa sakit, pedih dapatkan khidmat nasihat dari kaunselor laktasi. Cik Haza doakan, perjalanan menyusu ibu dipermudahkan dan berjaya hingga 2 tahun

 

Salam sayang,

Pn Hazarina Ishak

Kaunselor Laktasi

Pengerusi Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu, Hospital Serdang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *