Biasa tak pergi shopping mall atau kedai makan dalam keadaan macam ni, anak berlari2, anak jatuhkan barang atau air atas meja, anak berguling2 atas lantai dan macam2 lagi aksi hebat yang mereka lakukan.

Orang sekeliling jangan cerita lah, mereka semua dah mula pandang,

“tak reti jaga anak ke?”

“pujuklah anak tu”

“kenapa biarkan anak tu menangis tak henti2?”

Diaorg tak tahu dalam hati kita ni, punye tebal tahan sabar! Hai..macam mana lah cara mudah nak mengawal emosi anak kuat mengamuk dan menjerit ni yek?

Tahukah anda?

Anak yang berusia 1.5 tahun sehingga 3 tahun sememangnya suka memberontak, campak barang, merajuk, mengamuk, menjerit dan macam2 lagi drama yang diorg ni suka buat.

Situasi ini juga dikenali sebagai TANTRUM. Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak- kanak berusia 18-48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi menabar kesabaran ibubapa. Ianya boleh berlaku dalam bentuk kekecewaan dan tingkah laku yang mencabar. Anak- anak boleh menjerit, menangis, menendang juga memecah barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala menahan nafas mereka.

Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Namun cara begitu lebih banyak memberikan impak negatif kepada anak-anak.

Hanya ibu bapa yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya dan anda akan lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan jika anak mengamuk.

Antaranya:

1. BERTENANG
Jika anak mula mengamuk, ibu bapa atau orang yang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis. Lagi teruk mengamuk dia.

Cuba buat muka relax sahaja. Tentu anak yang mengamuk akan kata dalam hati, “Eh, takkan mak aku tak marah pulak ni”. Ini namanya reverse psychology.

2. CUBA PUJUK


Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.

Korek rahsia, kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang beri perhatian. Jika dia mengamuk, itu tandanya mahukan perhatian!

3. ALIHKAN FOKUS ANAK


Andaikan kita pergi ke hypermarket untuk berbelanja, contohnya Giant atau Tesco. Anak pula sudah tunjuk tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu. Kadang-kadang, benda yang dia minta itu mengarut.

Dan lagi, jika kita tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya.

Apa perlu buat? Cepat-cepat alihkan perhatiannya. Fokuskan pada perkara yang lain. Pujuk akan ambil masa. Bawa dia ke bahagian yang lain. Jangan pula alihkan fokus dengan berikan telefon pintar kita.

4) MEMBACA DOA

Bagi yang Muslim boleh membaca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepada anak anda. Bagi yang bukan Muslim, anda boleh membaca doa anda.

5) KATA-KATA KASIH SAYANG


Terus tenangkan dia dengan kata-kata kasih sayang, tapi kena ingat, anda pun perlu tenang juga. Peluk anak dengan erat, supaya mereka rasa lebih disayangi

6) JANGAN MARAH


Jangan sesekali marah dan menjerit atau memukulnya konon-kononnya untuk mendisiplinkan dia. Ini akan menjadikan dia anak yang pengecut atau lebih suka memberontak.

Tidak mustahil juga, anak yang kuat menjerit kerana dia sudah biasa dengan keadaan rumah atau ibu dan ayah yang kuat menjerit.

7) NASIHAT
Bila dia sudah tenang, barulah beritahu dia bahawa lain kali dia tidak perlu mengamuk lagi, dia hanya perlu datang dan memberitahu anda apa yang dia mahu.

Jika boleh anda akan memberi apa yang dia nak.Jika tidak alternatif lain akan difikirkan. Semasa ini juga anda boleh menyatakan bahawa anda juga boleh hilang sabar jika dia suka mengamuk.

Namun, berilah tahu dengan tenang tanpa menakut-nakutkan mereka. Tenang dan kawal diri, itulah kunci paling penting untuk kita sebagai ibu dan bapa. Memang kalau ikutkan hati kita pula nak mengamuk kan? 

Ohhh ye, seperkara lagi, sebenarnya anak-anak kita tu mengamuk sebab dia sebenarnya juga takut kepada ‘monster’ di dalam dirinya itu.

Itu sebab bila memarahinya bukanlah jalan yang terbaik. Bila anda bijak menangani anak-anak kecil anda mengamuk dan menjerit. Apabila anak itu remaja, dia akan lebih tenang dan mudah mendengar kata. InsyaAllah.

Kita doakan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *