Menguruskan uri ibu selepas bersalin ni sebenarnya mudah je. Tapi kalau jenis yang takut darah tu tak boleh nak buat apa lah. Alhamdulilah, uri ketiga-tiga anak Cik Yatt dapat diurus sendiri oleh suami. Mungkin ada setengah ibubapa yang masih tercari-cari bagaimana nak uruskan uri ni dengan sempurna kan?

Uri atau juga dikenali sebagai tembuni, organ dalam rahim yang bersambung dengan janin melalui tali pusat berfungsi membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Orang dulu-dulu kata uri ni kawan/kembar bayi dalam perut.

Masakini, walaupun zaman dah canggih,terdapat pelbagai cara menguruskan uri ibu selepas bersalin yang diamalkan oleh masyarakat kita, bahkan sesetengahnya ada yang pelik-pelik dan menimbulkan kesangsian.

Contoh amalan pelik menanam uri bayi yang masih diamalkan masyarakat kita ialah :

1. Menanam uri bersama pensil dan buku, dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak.
2. Meletakkan paku dan benda-benda tajam bersama uri yang ditanam, kononnya untuk mengelakkan uri tersebut didekati ‘benda-benda halus’.
3. Menyalakan unggun api berhampiran tempat ditanam uri kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.
4. Uri ditanam bersama kepingan duit syiling.

Berikut Cik Yatt kongsikan langkah demi langkah menguruskan uri ibu selepas bersalin dari Ustaz Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani sebagai rujukan. 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Periuk Tanah
6. Kain Putih ( Napkin )

atau boleh dapatkan Set Pengurusan Uri Lengkap yang terdapat dipasaran.

Cara Membasuh

1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
9. Masukkan kain putih tadi kedalam periuk tanah liat. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatangan seperti anjing dan kucing.
10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.

Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan iklas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Seeloknya diuruskan sendiri oleh para suami.

Macam Cik Yatt tinggal dikawasan taman perumahan, kebiasaan tiada tanah untuk tanam uri. Kami tanam dikawasan yang berhampiran dengan masjid. Titipkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa satu hari nanti. Insayallah.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat bakal bakal bapa sekal😍

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *