Tempoh penyusuan dua tahun sangat disarankan.  Namun, apa akan terjadi apabila ibu hamil lagi anak seterusnya ketika masih lagi menyusukan?.  Orang -orang lama kebanyakannya mencebik bila melihat ibu hamil menyusukan anak.  Kata mereka susu ibu sudah bertukar darah.  Ada juga pendapat mengatakan nanti anak dalam kandungan tidak cukup zat sebab diberi kepada anak sedia ada melalui susu.

Hakikatnya, dari segi perubatan menyusukan bayi ketika sedang hamil tiada salahnya dengan syarat ibu cakna dengan perubahan dirinya sendiri.  Sepanjang tempoh kehamilan, badan ibu akan berubah seiring dengan pembesaran kandungan.  Ibu mungkin tidak selesa dan mahu menyapih susu lebih awal.  Perbincangan bersama pasangan penting untuk menentukan.  Jika kedua ibu dan bapa bersetuju boleh sahaja menghentikan penyusuan anak sedia ada.

Dari segi hukum Islam, Rasulullah SAW juga tidak menghalang ibu hamil ketika masih lagi menyusu.

“Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Al-Ghillah mempunyai khilaf maksud iaitu, bersetubuh ketika ibu sedang menyusu dan keduanya adalah menyusukan anak ketika sedang hamil.

Telah jelas bahawa dari segi hukum Islam dan perubatan juga dibolehkan untuk menyusukan bayi walau pun sedang hamil.  Namun terdapat beberapa perkara yang perlu ibu-ibu ambil perhatian.

  • Penyusuan di awal trimester kehamilan

Lazimnya sewaktu awal-awal kehamilan, ibu akan mengalami alahan, hingga ada ibu yang teramat letih dan tidak ada selera untuk makan.  Jika waktu biasa ibu yang menyusu cepat sekali berasa lapar, bayangkan pula apabila ibu dalam keadaan tidak cukup nutrisi, menyusu dan hamil pula.  Jadi, jika ibu mengalami alahan yang melampau, ibu mahu menimbang semuala keputusan untuk menyusukan bayi semasa hamil.  Lebih elok banyakkan istirehat dan menjaga emosi.

  • Rasa susu pelik

Anak anda mungkin memberi komen susu rasa lain atau tidak sedap.  Ada orang-orang tua berkata susu ibu basi.  Logik akal berfikir tidak mungkin ada susu yang basi di dalam badan.  Susu yang berubah rasa dan warna disebabkan kandungan susu ibu yang berubah mengikut keperluan.  Apabila kandungan berusia empat bulan, badan ibu mula menghasilkan susu kolostrum untuk bayi dalam kandungan.  Jika anak mahu berhenti susu, boleh sahaja.  Tetapi jika memilih untuk meneruskan usah khuatir kerana khasiat kolostrum untuk bayi nanti tidak akan di’curi’ oleh anak sedia ada.

  • Rasa kontraksi awal

Ibu yang menyusu menghasilkan hormon oksitosin.  Hormon ini menyebabkan ibu berasa kontraksi di rahim.  Ada yang khuatir akan berlaku kelahiran awal atau keguguran akibat kontraksi awal yang berlaku.  Hakikatnya dari segi perubatan, paras hormon oksitosin ini belum cukup tinggi hingga menyebabkan kontraksi untuk kelahiran bayi.  Tetapi, ibu yang mempunyai sejarah kelahiran prematur perlu mendapatkan nasihat doktor kerana ada kemungkinan memberi kesan kepada kandungan.

  • Keperluan khasiat ibu

Perkara penting yang perlu dijaga oleh ibu apabila menyusu dan mengandung adalah keperluan nutrisi.  Perlu cukup untuk memenuhi keperluan badan, untuk produksi susu berkhasiat dan juga kandungan.  Ada yang mempunyai masalah untuk makan dan tidak berselera.  Perlu beringat dengan pemilihan makanan agar makan makanan yang sesuai dan berkhasiat berbanding makanan rapu.  Jika perlu boleh juga ambil makanan tambahan untuk ibu hamil yang memberi nutrisi dan tenaga seperti Premama dari Ellsee.

 

Hubungi penulis untuk maklumat lanjut berkenaan artikel atau pun produk Ellsee di sini (Klik)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *