Hari ni terpanggil nak cerita tentang pam susu ibu. Spectra S9plus ni hadir dengan LCD screen. Saiz dia comel sangat, besar tapak tangan je okay.  Tu buat buat hati Cik Hanis tambah tertawan. Nak simpan dalam poket pun muat tau.

Tahap sedutan yang boleh laras buat Cik Hanis suka sangat. Lagi-lagi masa awal baru lepas bersalin tu. Walaupun dah 3 kali bersalin tetap setiap satunya pengalaman baru dan berbeza.

Sudah tentu penjimatan berganda bila boleh pam serentakkan . Mengepam serentak kan jimat masa. Khususnya untuk ibu yang bekerjaya.

Buat tambah BEST pula, Spectra S9plus ni ‘built-in’ bateri, taklah Cik Hanis susah hati nak cari plug bila keluar. Cuma kena pastikan bateri di cas penuh setiap kali selepas pulang ke rumah setelah balik berkerja.

Ala orang kata ‘Rechargeable battery’. Sebelum ke pejabat. Cas dulu penuh-penuh. (TAK PERLU RISAU JIKA TIADA SOKET UNTUK MENGEPAM).

Jangan tak tahu Spectra S9Plus ni boleh guna dengan freemie. Jadi ibu-ibu yang super busy dah boleh tersenyum lebar. Pakai je nursing cover atau seledang dah boleh mengepam dengan bahagia.

Cik Hanis doa ibu-ibu dimudahkan segalanya dalam perjalanan penyusuan. Nak beli kena sesuai dengan kerjaya ya.  Baru ibu rasa lebih seronok mengepam di tempat kerja. Prestasi kerja pun tip top.❤

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *