Tanggal 24 Mei 2012, lahir la Seorang putera yang amat dinantikan. (sebenarnya dah lahir baru tahu putera sebab asyik tutup setiap kali pemeriksaan). Dilahirkan pada jam 2124, alhamdulillah bayi selamat dan sihat.

Sejurus dilahirkan, tiada ‘skin to skin’ seperti sekarang. Bayi ditunjukkan dan di letakkan sekejap di atas perut berlapikkan sehelai kertas (maaf Cik Hanis tak tahu namanya).

Setelah bayi dibersihkan, bayi diberikan untuk disusukan. Sedihnya Cik Hanis rasa nak pitam masa itu, dapat pegang bayi sekejap sahaja dan paling sedih tak dapat ‘breastfeeding’ diawal kelahiran. Cik Hanis rasa lapar sangat waktu tu. (jika lapar sangat memang selalu akan rasa nak pitam, hihi itu Cik Hanis la).

Cik Hanis dihantar pulang ke wad kira-kira jam 3 pagi. (Lamanya di bilik bersalin kan. Sebab Cik Hanis pitam pastu muntah dan tak boleh bangun sendiri).

Esok pagi, 25 Mei baru la dapat menatap wajah Si hero manis tu dan terus la proses menyusu dimulakan. Si hero manis syok tidur sahaja. Susu pun tak kerap. Teruknya Cik Hanis sebab tak peka langsungkan, sebenarnya Cik Hanis tak tau apa pun tentang lekapan yang betul, bayi sudah kenyang atau tidak, macam mana nak rangsang bayi supaya menyusu badan. Sememangnya, waktu itu Cik Hanis agak tertekan sebab tak paham kenapa bayi tak mahu menyusu. Nasib baik ada Bonda Hannah datang bawa pam elektrik. Membantu untuk merangsang pengeluaran susu. Alhamdulillah susu ada. (Menyesal tak beli pam elektrik awal-awal).

Esok harinya, Cik Hanis dah boleh keluar wad. Yeay, dah boleh balik rumah. (nanti sambung kisah penyusuan di rumah pula).

Cuma, Cik Hanis rasa nak kongsi beberapa perkara penting yang semua ibu perlu tahu. (berdasarkan pengalaman Cik Hanis) :

1. Sentuhan kulit ke kulit diawal kelahiran amat penting untuk merangsang penghasilan dan pengeluaran susu ibu. (jangan jadi macam Cik Hanis ya)

2. Susukan bayi dalam tempoh 1 jam pertama selepas kelahiran. Ia membantu untuk pengecutan rahim dan tentu hubungan antara ibu dan anak.

3. Ibu kena makan sebelum bersalin supaya ada tenaga. (Jangan jadi seperti Cik Hanis lapar sangat, kali terakhir makan sebelum bersalin jam 12 tgh hari, Jadi semasa anak ke-2. CH minum susu kambing 2 gelas dan makan kurma, nak cepat minum je terus jus PreMamma untuk TENAGA)

4. Sediakan pam elektrik untuk membantu pengeluaran susu ibu. (Cik Hanis sendiri tak larat nak manual atau marmet sebab Cik Hanis ada High Bp Semasa dan selepas bersalin).

5. Pergi lah kelas penyusuan. Untuk persediaan dan ilmu, lagi-lagi untuk ibu yang pertama kali. Banyak manfaatnya. (Cik Hanis sendiri ke kelas penyusuan semasa hero manis berusia 3-4 bulan, sebab rasanya tiada istilah terlambat untuk belajar).

Itu sahaja nota cinta Cik Hanis malam ini.

Nota jari bulat: Hero manis berjaya menyusu susu ibu sehingga usianya hampir 3 tahun berkat pergi kelas penyusuan dan dorongan kawan-kawan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *