Cahaya mata pertama?

Alhamdulillah. Ini yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang baru berkahwin. Anak tu kan penyeri hidup, penyambung kasih sayang.

Hanya Allah yang tahu betapa gembira, betapa terharu, rasa berdebar debar, teruja nak lihat wajah anak. Ikut muka siapa?  Anak lelaki atau perempuan. Ya Allah, tak terkira gembiranya.

Anak pertama ni juga selalunya ibu ayah teruja sangat membeli barang. Haa..kan. Semua barang kalau boleh nak masuk troli. Tengok baju lawa – lawa, tilam baby pun cantik, kasut baby lagi la meruntun hati ibu nak membeli.

Ok, walaupun teruja, suami isteri yang bakal menjadi ibu bapa perlu sedar akan berlaku perubahan dalam kehidupan mereka. Jadi, buat ibu ayah yang bakal menimang cahaya mata pertama, beberapa persediaan perlu dibuat untuk berhadapan dengan satu situasi baru nanti. Iyalah, dulu berdua, sekarang bertiga. Jadi bersiap sedia awal untuk menyambut orang baru dalam keluarga okay?

  1. Simpanan

Kalau ikut senarai, memang banyak nak beli kan? Keperluan isteri, keperluan anak. Masa ni perlu bijak cari jalan untuk berjimat. Beli peralatan ikut keperluan dan jangan membazir masa buat persiapan awal sebab terlalu teruja nak sambut anak pertama. In Shaa Allah lepas bayi lahir, banyak hadiah dari sahabat handai dan saudara mara yang datang berziarah.

 

Ambil langkah cepat jika ibu ayah memang plan nak terus ada anak selepas kahwin. Salah satu caranya buat tabungan sejak mula berkahwin. Yess..menyimpan. Jika plan nak bersalin di hospital swasta, lebih banyak simpanan diperlukan.

 

2.  Mental dan Emosi Dah Sedia Ke?

Yesszaaa…inilah yang paling penting sekali dihadapi oleh ibu dan ayah yang pertama kali bergelar ibu ayah. Perlu sedar, bila si comel pipi merah dah lahir, banyak sangat perubahan, pengalaman baru berlaku tau. Haa.. ingat senang?

Berjaga malam, si pipi merah merengek tak mau tidur. Menangis tak diketahui sebab. Setiap hari ulang alik ke hospital sebab anak  jaundice.

Ok semua ni wajib dah  ganggu rutin harian kita. Tak cukup tidur, risau anak sakit, isteri pulak mungkin alami bengkak susu. Jadi, penting sangat bersedia untuk hadap situasi baru ni. Bantuan dari keluarga  yang rapat sangat membantu.  Tanya pendapat, mintak nasihat, minta pertolongan dari ahli keluarga terdekat.

 

3. Jaga Isteri Berpantang

No..No..No..Tak boleh serah tanggungjawab jaga isteri kepada mak atau ibu mentua. Tanggungjawab suami tu.  Mak atau ibu mentua bertindak sebagai penasihat je. Antaranya suami mesti tahu makanan yang sesuai untuk isteri yang sedang  berpantang . Jangan lupa carikan juga tukang urut supaya isteri dapat berurut dan bertungku untuk hilangkan sakit urat dan sakit – sakit badan.

Sebelum isteri bersalin, sediakan supplement untuk bantu isteri cepat baik dan lebih sihat.  Pilih yang tak banyak set atau perkakasnya. Bukan apa, banyak banyak barang dalam set berpantang pun tak terguna juga akhirnya. Yang penting jamu atau supplement supaya isteri kuat dan rasa tenang waktu pantang .

 

4. Biasakan Diri Dengan Kerja Rumah

Sejak isteri mengandung, suami dah perlu mula mengambil alih tugas – tugas isteri di rumah. Alah bisa, tegal biasa orang kata. Persediaan awal bantu suami lebih bersedia untuk mengambil sepenuhnya tugas tugas di rumah.

Membasuh , memasak, mengemas. Jadi, kalau tak pernah kuali sebelum ni, kenalah berjinak-jinak pegang peralatan dapur mulai sekarang. Tak kenal lagi bawang putih, bawang merah, kena berguru dulu dengan isteri yang bakal berpantang.

 

Alhamdulillah. Semoga pengorbanan isteri yang bertarung nyawa demi kebahagiaan keluarga tak disia-siakan oleh para suami. Percayalah, isteri sangat memerlukan sokongan daripada suami mengharung kepayahan tempoh berpantang 44 hari.

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *