Ada 7 Prinsip Marketing mengikut penulis Lauron Sonnier. Sebab kenapa marketing adalah elemen yang sangat penting dalam bisnes.

1. Semua benda yang kita buat ialah marketing.

✏️ Betul tak? Sebab itu kita sentiasa perlu memasarkan produk untuk memberi impresi dan persepsi kepada bakal pengguna kita.

2. Semua orang boleh jadi marketer.

✏️So bila ada tim, tim kita adalah secara langsung atau tidak langsung ialah pegawai pemasaran kita gitu . Sebab dia akan bawa brand atau produk kita secara langsung atau tidak langsung.

3. Marketing bukan Sales

✏️ marketing ialah proses dan sales adalah aktiviti antara pembeli dan penjual. Faham kan beza antara dua istilah ini

4. Marketing ni bukan untuk kita semata mata.

✏️ bisnes itu mungkin kita tapi bukan untuk kita . Tetapi untuk pengguna. Ia ada satu rantaian yang bermula dari pengilang ke syarikat sehingga ke pengguna. Jadi marketing mengangkumi semua aspek supaya kita boleh cipta competitive advantage.

Itulah yang akan jadi apa yang penting untuk customer kita.

5. Marketing is not just what you do but also how u do it

✏️ ada masa kita terlalu fokus jual product tapi proses memperkenalkan advantage yang kita ada. Value yang kita nak tonjolkan.

6. Consistency dan Constancy

✏️ Yes marketing ni kena konsistan. Takleh hari ini nak esok tak. Milo pun masih advertise sana sini walaupun dah lama bertapak.

✏️ Constancy ialah apa yang first thing orang akan ingat pasal awak ataupun produk yang awak bawa.

7. Marketing mestilah constant dalam minda dan perbuatan

✏️maksudnya kita kena sentiasa fikir macam mana nak buat marketing supaya kita sentiasa buat marketing.

Semoga anda faham kenapa dalam bisnes perlu sangat awak buat marketing secara berterusan dan bukan suka suka nak buat bila rasa ada mood nak buat 😅

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *