Rengat? Apa tu?

Soalan sama keluar dari kepala Cik Anor beberapa hari sebelum ni. Cik Anor sendiri walau dah ada 4 orang anak ni baru juga tau. Tak pernah mengalaminya. Dan takde siapa pun cerita. Ni pun sebab rajin pula membaca permasalahan ibu lepas bersalin dari group fb. Tu yang baru kenal perkataan ni.

Dari pembacaan yang Cik Anor dapat, rengat adalah situasi ibu lepas bersalin menghadapi sakit perut yang sangat seperti kontraksi masa nak bersalin, seperti senggugut pun mungkin. Malah lebih sakit. Rengat ni dikatakan berpunca daripada darah yang tertinggal di dalam rahim dan ia tidak habis keluar bersama uri sewaktu proses melahirkan anak. Darah ini biasanya berketul-ketul, dan berbeza-beza saiznya. Mereka gelar ‘darah bantal’.

Rengat biasanya berlaku minggu pertama dan kedua semasa berpantang, sakit rengat menyerang sekejap-sekejap tetapi adakalanya kerap. Setiap kali menyerang perut berasa tegang dan seolah-olah dicucuk-cucuk terutama di bahagian ari-ari.

Bila baca blog rakan-rakan blogger, rengat ni sebenarnya bukanlah satu masalah serius dan berbahaya. Sebabnya kalau diikutkan logik pon rahim kita dah menghabiskan masa selama 9 bulan untuk membesar. Lebih kurang 25 kali lebih besar daripada saiz asal. Rengat ni membantu rahim kita untuk mengecut kembali dalam masa 4 ke 6 minggu selepas melahirkan.

Bila ibu mengalami rengat, ibu tersebut mengalami masalah rahim yang tidak mengecut. Perut ibu tetap buncit sehingga menyebabkan bentuk badan serta wajah sembab atau masih kelihatan seperti wanita hamil.

Jadi apa yang ibu perlu lakukan jika mengalami rengat?

1. Bertungku
Buat untuk seluruh badan terutama bahagian perut, belakang badan dan pinggul selama 44 hari di dalam pantang. Sebaik-baiknya dilakukan dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi selepas subuh dan pada waktu petang sebelum Maghrib. Ini memudahkan proses darah keluar daripada rahim.

2. Sapu CARE LOTION Lamamma atau minyak panas
Sapukan di bahagian perut tetapi kena berhati-hati, bimbang mengenai bayi terutama sewaktu proses menyusu. CARE LOTION Lamamma lebih wangi, tak melekit dan tak berminyak. Selesa buat ibu.

3. Minum Air Asam Jawa
Campurkan gula merah berserta kunyit hidup yang ditumbuk halus.

4. Minum Air Rebusan Herba
Campurkan dengan madu.

*No 3 & 4 jika tak lalu nak minum dicadangkan ambil jus Postmamma LaMamma, khasiat yang sama siap sedia dalam 1 botol. Rasa lebih sedap. Hanya minum 2 sudu sehari.

5. Berurut
Berurut lagi jika masih tak selesa dengan keadaan tu.

6. Kerapkan Kencing
Untuk. Memastikan pundi kencing sentiasa kosong. Pundi kencing penuh ni mengambil ruang rahim. Pendarahan pun mungkin boleh berlaku.

7. Jika keterlaluan sakitnya, jumpa doktor dan makan ubat tahan sakit yang disarankan.

Moga info ni bermanfaat buat semua. Silakan kongsikan sekiranya perlu ya.

 

Sekian, perkongsian Cik Anor kali ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *