Beberapa bulan yang lepas, Cik Anor menerima satu mesej Wasap mommy nak mencuba jus Postmamma untuk menambah susu badan. Itu tidak menjadi masalah.

Yang menjadi kerisauannya ialah mommy mengadu rasa sakit dan bisa badan sejak melahirkan baby 4 bulan lepas. Jadi keadaan tersebut Cik Anor menjangkakan Bentan dan jawapan mommy tersebut “Ya bentan…”.

‘’…Tiba-tiba saya badan rasa sejuk yang amat sangat, bulu roma tegak berdiri sehingga menampakkan liang roma serta menggigil hingga badan pun bergoyang. Mulut terketar-ketar, hingga tidak mampu bersuara. Sejuk tu bukan sejuk biasa, kesejukan bagai menusuk sehingga tulang sum-sum, sehingga dua helai toto, tak mampu meredakan kesejukan. Walaupun dalaman sejuk yang maha hebat, tetapi luaran kepanasan sehingga berpeluh-peluh. Baru ku tahu seksanya bentan padah yang terpaksa saya terima kerana melanggar pantang bersalin. Azabnya lah rasa saat tu. Ya, Allah mohon dijauhkan bentan ni, seksa sungguh walau pun bukan untuk tempoh yang lama.. “ Ini pula pengalaman Puan Lieza Zainal (seorang blogger)

Cik Anor sendiri tak pernah mengalaminya untuk keempat-empat orang anak sebelum ini. Syukur walaupun berpantang sendiri dalam keadaan apa yang ada saja. Masih diberikan kesihatan yang baik.

Sebelum ini kita selalu dengar orang-orang tua berpesan, “jaga pantang tu, nanti bentan”. Seperti biasa kita hanya mengiyakan. Tiada siapa yang boleh jelaskan apa sebenarnya bentan ketika pantang bersalin, sakitnya macam mana, sehingga kita sendiri mengalaminya.

Terdapat tiga Jenis Bentan ni :

1) Bentan Urat

Badan ibu tiba-tiba lemah, demam serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan. Lutut menggigil kesejukan meskipun waktu tengahari, seluruh otot badan menjadi tegang dan kejang.

Punca – ibu terlalu aktif bergerak
Rawatan – sapukan losyen panas/minyak urut/minyak terapi di badan dan urutan perlahan

 

2) Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim

Kesakitan di bahagian ari-ari sehingga boleh menyebabkan kejadian tumpah darah. Kesakitan melampau boleh menyebabkan ibu tidak dapat meluruskan kaki beliau.

Punca – Ibu mengangkat barang-barang berat
Rawatan – Ibu digalakkan baring di lantai tanpa alas bantal, alas punggung dengan 2 biji bantal atau sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran darah

 

3) Bentan Urat Besar (Pinggang)

Urat besar ialah urat buluh Rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di bahagian belakang (tongkeng), pinggang dan tumit kaki.

Punca – tidak dapat dikenalpasti, tetapi biasanya berlaku kepada ibu yang bersalin melalui pembedahan
Rawatan – Rehat dan kurangkan bergerak.

Cara Atasi :

1. Kawal pergerakan

Yelah… walaupun dah rasa macam sihat tapi kita tak tau sejauh mana ‘sihat’ tu.

 

2. Jaga pemakanan

Ambil suplemen seperti jus Postmamma Lamamma untuk cukupkan nurtrien dalam badan. Hanya diminum terus tanpa perlu bancuh.

 

3. Amalkan bertungku dan bertangas semula

4. Berurut

5. Mandi air suam atau rebusan herba

6. Kawal emosi (banyakkan berzikir)

7. Rehat yang cukup

Moga memberikan sedikit info berguna buat ibu dan bakal ibu.

 

Sekian perkongsian Cik Anor buat kali ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *