Alhamdulillah, tahniah tau dah selamat menyambut kelahiran ‘orang baru dalam keluarga’!

Bagi pasangan yang belum pernah ada pengalaman ada anak perempuan atau anak sulongnya dulu lelaki, memang keliru dan tak tahu berkaitan dengan sunat bayi perempuan. Tak kurang ada yang takut dan risau nak bawak anak perempuannya sunat. Jangan sampai dah terlajak anak perempuan da setahun dua baru sunat pula ye! Laaagi kesian.

BEZAKAH SUNAT BAYI PEREMPUAN DAN ANAK LELAKI?

Ya, totally berbeza. Sebenarnya, berkhitan / berkhatan / bersunat untuk bayi perempuan ini melibatkan pemotongan sedikit sahaja kulit pada bahagian atas faraj sahaja. Sangat kecil. Ibarat sedikit luka. Sama sekali berbeza dengan proses sunat anak lelaki tau! Jadi, janganlah takut nak bawa baby perempuan pergi sunat.

Terbaru, macam anak kedua Yaya, kami siap survey di klinik, bila umur sesuai untuk disunat. Sebab dengar dengar, klinik sekarang taknak bayi yang terlalu kecil. Umur 2 bulan, ok.

Luka dari sunat tak lama pun nak sembuh. Dan tak menyebabkan ‘anak dara kecik’ awak tu demam atau nanges berpanjangan pun. Jadi, jangan bimbang dan jangan tangguh-tangguh bila baby da cukup umur 2 bulan ye!

Kalau orang dulu dulu, mak mertua Yaya kata, mak bidan yang sunatkan baby. Tapi zaman sekarang, bawa sahaja ke klinik. Cuma, lain klinik lainlah harganya ye. Macam anak adik Yaya, sunat di klinik di Johor Bahru, harga Rm60. Yaya pula bawak anak Yaya sunat di klinik di Bukit Gambir hanya Rm36. Jadi bolehlah survey ye klinik mana yang murah dan yang bagus untuk anak perempuan di sunatkan.

Apapun, tahniah atas kelahiran anak dara kecik awak! Semoga jadi anak solehah mukminah dan menjadi penyejuk mata dan hati awak kelak. Aamin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *