Anak-anak seperti kain yang putih. Kita ibu bapalah yang harus mencorakkan kehidupan mereka dengan warna dan acuan yang betul. Betul tak? Dapat anak yang rajin membantu buat kerja rumah pastilah diimpikan oleh ibu bapa kan. Tapi ia bukanlah terjadi secara automatik. Ia perlu dididik seawal mungkin.

Kita juga mesti suka kan tengok anak orang yang  elok perangai, ringan tulang, cakap teratur, hormat orang tua, pandai ambil hati orang tua kan? Anak orang tu takkan terus pandai macam tu kan? Mesti dapat didikan dari ibu bapanya kan? Macam tu lah juga kita nak orang pandang anak kita. Sejuk hati memandang kan.. heheheheh.. jadi kenalah ajar mereka untuk buat kerja rumah dari usia muda lagi supaya mereka tidak kekok disamping dapat merangsang saraf  motor dan otot mereka berfungsi seoptimum mungkin. Biasakan mereka buat kerja rumah, sebab nanti dah besar dah tak boleh nak diajar bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan ini boleh dipraktik seawal mereka faham arahan. Mulakan dengan arahan-arahan ringkas seperti “letak sini”, “ambil ni bagi papa” dan sebagainya.

#Tips 1: Gunakan perkataan ‘Tolong” dan arahan yang jelas dan ringkas.

“Abangg, tolong mama letakkan pinggan adik tu dalam sinki boleh? ”

“Kak Ngah, boleh tak tolong ambilkan towel adik kejap?”

“Along boleh tolong mama tak? Tolong hantarkan baju kotor tu ke dalam bakul baju boleh? ”

 

#Tips 2: Puji lah sikit..

Apabila anak dah boleh ikut dan patuh arahan, tak salah puji mereka sikit.

“Pandai lah abang ni”

“Terima kasih sayang. Baiknya laaaah anak mama ni”

“Anak mama ni hensemlah, lain kali tolong mama lagi ya sayang”

 

#Tips 3: Beri reward

Tak perlu reward yang bombastik atau mahal2. Yang paling simple, cukup sekadar ciuman atau pelukan mesra pun dah cukup membahagiakan mereka dan membuat mereka ceria. Kalau boleh mention reward tersebut atas perlakuan elok mereka tersebut. Anda perhatikanlah, mesti makin rajin anak-anak membantu di rumah.

 

Yang penting jangan cepat melenting jika arahan anda tak dipatuhi dengan tepat. Nanti mereka bosan pula selalu kena marah sebab. Berilah mereka masa dan bimbinglah mereka dengan lembut dan berhemah. Nanti suatu hari, dah tak perlu suruh mereka pandai buat sendiri sahaja. Masa tu kita akan merasa usaha kita telah berhasil dan berbaloi. Cubalah.

Jumpa lagi!

-CikSue-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *