Bercuti bersama yang tersayang adalah merupakan aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak apatah lagi ibu bapa. Tak hairanlah, ada antara kita yang sanggup menyimpan duit untuk tempoh yang lama semata-mata untuk membawa keluarga dan anak-anak bercuti bersama-sama. Namun begitu, pemilihan tempat percutian yang sesuai dengan umur dan kategori anak-anak sangatlah penting, dalam menjamin keselesaan dan emosi anak-anak. Di bawah saya kongsikan beberapa tips dan tricks dengan mengambil kira percutian ini tidak melibatkan amah/pembantu:

1. PENGINAPAN MESRA BAYI
Pemilihan hotel atau resort yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi perlu dipertimbangkan berdasarkan usia atau kemampuan bayi.

– Bagi ibu-bapa yang mempunyai bayi yang baru ‘mendapat kaki’ atau baru pandai bertatih, chalet/resort yang mempunyai beranda sangatlah tidak sesuai. Seeloknya menginap di hotel yang mempunyai tingkap yang tertutup sepenuhnya.
-Chalet juga seeloknya yang mempunyai penghawa dingin bagi mengelakkan bayi kepanasan dan mendapat ruam panas. Selain itu, bayi yang selesa menjamin tidur yang lebih berkualiti. Tak dinafikan harganya lebih mahal sedikit dari bilik yang berkipas, namun tak salah laburkan sedikit untuk keselesaan anak

-Bilik yang dipilih pula seeloknya mempunyai kemudahan memasak air panas untuk memudahkan anda membancuh air ataupun memanaskan makanan. Majoriti bilik-bilik di lokasi percutian memang telah dilengkapi dengan kemudahan ini. Sebagai backup, flusk air panas boleh juga turut dibawa.

-Homestay lebih sesuai dan lebih selesa.

2. DEKAT DENGAN KEDAI SERBANEKA DAN KEDAI MAKAN

Kita semua tahu makanan adalah ‘minyak’ bagi anak-anak yang sedang membesar. Bercuti di kawasan yang kurang kemudahan tempat makan boleh mengganggu masa berkualiti percutian anda yang mana anda perlu memandu lebih sejam untuk mendapatkan bekalan makanan atau snack. Perut kosong akan mengganggu mood anak-anak dan mula bertantrum, jika tidak sabar kita pula yang moody nanti. Jadi, seeloknya survey dahulu lokasi percutian sebelum buat keputusan. Kedai serbaneka pula sangat membantu sekiranya terdapat keperluan untuk topup bekalan pampers yang dah kehabisan. kedai-kedai sebegini boleh dikatakan best friend ibu bapa di saat memerlukan.

3. AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN

Lokasi percutian keluarga yang mempunyai anak-anak kecil juga seharusnya mengambil kira ‘fun park’ untuk anak-anak bermain. Janganlah bercuti di tempat yang hanya ada muzium keranan anak-anak belum pandai menilai isi kandungan muzium. Ini hanya akan menyebabkan anak-anak berlari ke sana ke mari di dalam muzium untuk hilangkan kebosanan. Fun Park bukanlah sebuah taman tema, cukup sekadar selitkan aktiviti mandi kolam, bermain di padang permainan, naik bot, mahupun menaiki basikal di sekeliling chalet sudah cukup menghiburkan anak-anak. Anda pasti akan terkejut dengan memori anak-anak tentang percutian ini akan disebut-sebut oleh mereka.

4. AMBIL GAMBAR

Jangan lupa bergambar ya. Selitkan gambar momen-momen bersama dalam album untuk tatapan di masa hadapan. Pasti mencuit hati dan membuai perasaan,

Akhir kata, memori bersama anak-anak hanya akan berlangsung sekali je dalam hidup ibu bapa. Nikmatilah momen-momen bersama kerana ia takkan pernah berulang. Anak-anak akan semakin membesar dan meninggalkan kita suatu hari nanti. Hanya kenangan dan memori yang tetap terpahat di sanubari.

-CikSue-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *