“Alamak.. kena minum air gula kali ni..” Ni la ayat keluar dari mulut Cik Anor masa mengandung Ziyad, anak no 3 Cik Anor tahun 2014 dulu.

Ramai ibu hamil akan rasa tak suka dan risau bila kena minum air gula. Dalam kepala mesti membayangkan rasa air gula pekat yang terlalu manis kena lalu kat tekak. Kann..

Tentulah meloyakan dan boleh muntah. Tetapi kenapa agaknya semua ibu hamil ni mesti minum air gula?

Air gula atau Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan bertujuan memastikan ibu hamil tidak mempunyai masalah kencing manis ketika hamil atau Gestational Diabetis Mellitus (GDM). MGTT lebih dikenali ramai sebagai ujian minum air gula.

Rata-rata ibu hamil yang melalui ujian ini menyatakan air gula itu tidak sedap dan meloyakan.

Ada yang nak TIPS?

6 Cara ni boleh membantu diri ibu hamil minum air gula tanpa masalah.

1. Jaga Makan

Sehari sebelum ke klinik, kawal makan. Minum air kosong banyak-banyak. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.

2. Puasa

Lebih kurang jam 10 malam sehari sebelum ujian air gula tu, terus puasa. Nama je puasa tapi boleh minum air. Tu pun air kosong je. Tak boleh banyak.

3. Minum cepat-cepat

Air gula 200ml tu minum laju-laju dan sekali gus. Jangan minum sikit sikit. Jika perlu tutup hidung, tutuplah. Asalkan anda dapat habiskan air gula tu secepat mungkin.

4. Kumur mulut selepas minum

Rasa gula yang manis mudah buat kita rasa loya dan rasa nak muntah. Jadi nak elak rasa tu, cepat-cepat kumur mulut.

5. Berehat di tempat yang selesa

Jika macam nak pitam, rehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian. Seelok-eloknya habiskan masa dua jam sebelum ujian darah kedua di tempat yang tidak ada bau supaya tak termuntah.

6. Jangan terus makan makanan berat

Selepas ujian darah kali kedua, jangan terus makan makanan berat. Seelok-eloknya, mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti dulu. Apabila keadaan dah stabil, barulah boleh makan seperti biasa.

Selamat minum air gula! 😁

P/S: Cik Anor minum #premammaLamamma jus untuk stabilkan diabetes. Senang minum, sesudu pagi sesudu malam je.😊

Untuk info lanjut berkaitan klik Premamma .

 

 

Sekian, perkongsian Cik Anor kali ini.

 

#minumairgula #mgtt #airgula #ibumengandung #lamammajb

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *