Zaman sekarang ni semua benda nak pakai duit kan. Kerja hakiki pun kadang-kadang tak cukup nak tampung belanja harian. Mungkin juga ada di kalangan kawan-kawan Akak Timun yang kerja sebagai suri rumah yang teringin nak bantu suami atau pun sekadar mengisi masa lapang sambil-sambil buat duit.

So harini Akak Timun nak sharekan tips macam mana nak mulakan bisnes tanpa keluarkan modal, atau sekurang-kurangkan dengan modal yang paling minimum. Mudah sangat, sesiapa pun boleh buat yang penting nekad!

5 cara mulakan bisnes tanpa modal:

1. Ambil upah menulis sesuatu di Internet

Sekarang ni banyak blog-blog atau page di FB, atau akhbar digital yang perlukan konten mereka untuk di update setiap hari. Kalau korang memang suka menulis, especially blogger, sangat-sangat bagus untuk mula tulis konten bernas untuk mereka. Boleh Google je, banyak sangat iklan nak pakai online writer sekarang tau! Tak payah keluar modal apa pun kecuali bayar bil Internet hehe

2. Buat bisnes servis atas kemahiran yang ada

Ini pun cara mudah sangat buat duit. Contoh macam adik Akak Timun, dia pandai buat design 3D dan macam-macam lah. So masa lapang dia akan ambil upah buat design t-shirt, karikatur, sampul raya, dan macam-macam lagi. Bisnes ni memang tak perlukan modal, cuma perlukan masa. Jadi pandai-pandailah korang bahagikan masa untuk kerja part-time ni.

3. Jual barang-barang yang dah tak guna

Haa, cara mudah nak kumpul modal sikit-sikit sebelum buat bisnes yang lebih memerlukan modal ialah jual aje apa barang-barang yang korang dah tak nak pakai. Buat garage sale, atau boleh je upload dekat group-group pre-loved yang banyak kat Facebook ni.

Sehelai baju yang masih elok dan cantik, mungkin korang dah tak muat kan, boleh jual pada harga RM5-100 sehelai! Nak-nak pulak kalau korang ada branded/collectible item macam tudung-tudung yang glemer tu kan? Fuuhh, lagi masyuk tu! Ramai sangat peminat barang pre-loved ni tau. Bak kata orang putih, someone’s trash is someone else treasure.

4. Kongsi ilmu

Korang boleh juga kongsi ilmu yang melibatkan kepakaran korang dengan cara seperti:
• Jual E-Book / Video panduan
• Buat kelas / seminar / kursus
• Khidmat konsultasi

Bisnes ni tak perlukan modal yang besar, Cuma korang perlu tahu apa kepakaran korang, apa demand dan berapa harga yang orang sanggup bayar. Memang boleh jana ribuan ringgit!

5. Jadi dropshipper

Zaman sekarang ni tak perlu dah Akak Timun nak ceritakan pasal dropship kan. Bisnes paling popular sekarang tau! Ada kenalan Akak Timun ni dapat generate income koman-koman RM5k sebulan dengan buat dropship aje! Wow!! Kalau betul-betul buat bisnes dropship ni macam bisnes sendiri, memang boleh buat duit kaching-kaching. Lagi pun kerja korang promote je sana sini. Yang buat kerja bungkus, pos barang tu semua kan supplier yang setelkan. Senang mak aih!

Dapat sesuatu?

Akak Timun dah bagi idea ni, apa lagi cepat mulakan sekarang. Cari jalan, bukan alasan!

Share jika rasa post ni bermanfaat. 😊😊

Jemput join group Info & Tips Bisnes 2018 di sini:
https://chat.whatsapp.com/IQ8H9uRqB2E0PB1OmGurUF

Love,

Nurza @ Akak Timun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *