Perjalanan menyusukan bayi dengan susu badan (BF) sangatlah mencabar. Ia benar-benar memerlukan KEAZAMAN dan KESABARAN yang tinggi. Selain itu juga, SOKONGAN dari orang-orang sekeliling iaitu suami, ibu bapa, rakan sekerja dan juga majikan. Tanpa sokongan pihak-pihak ini, penyusuan sehingga 2 tahun sukar untuk direalisasikan. Apa yang ramai orang tidak dapat menafikan ialah, menyusu badan dapat menjimatkan kos. Yayyyy!!!

Di sini ada beberapa TIPS mudah untuk ibu membuat penyimpanan susu badan (EBM) bagi ibu bekerja.

#1 Kenalpasti kuantiti susu yang anak minum pada satu-satu sesi penyusuan. 

Step ini paaaling penting untuk membantu ibu-ibu membuat keputusan memilih kaedah yang sesuai bagi menyimpan EBM. Kalau bayi minum direct (DF) pasti kita tak tahu berapa OZ sekali anak ni hisap kan, jadi pam susu dan letak di dalam botol lalu beri kepada bayi dan perhati dan rekodkan berapa banyak bayi minum setiap kali sesi penyusuan. Katakanlah 3oz sekali hisap. Juga hitung total berapa oz bayi menyusu bagi tempoh bayi di rumah pengasuh / penjaga. Katakanlah 9 jam (8 pagi – 5 petang) bayi minum 15 oz. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran susu yang tidak diminum selepas 4 jam di suhu bilik. Sekali minum dan habis terus.

#2 Kenalpasti tahap pengetahuan pengasuh/ penjaya bayi tentang menguruskan EBM

a. Jika pengasuh tiada pengalaman menguruskan EBM

Sumber: Google

  • Asingkan susu dengan jumlah 3oz di dalam botol-botol bersaiz kecil dan bekukan.
  • Setiap kali nak bawa ke rumah pengasuh ambil 5 atau 6 botol kecil tadi (biar lebih jangan tak cukup). Dan jangan lupa botol untuk mengisap yaa.
  • Serta kalau boleh sediakan warmer. Kaedah ini semua adalah untuk memudahkan pengasuh/penjaga menguruskan anak dan EBM iaitu hanya perlu cairkan susu di dalam botol 3oz tadi dan tuang di dalam botol mengisap. (Sumber: Google)
  • ATAUPUN, kalau kita nak kurangkan lagi kesusahan pengasuh untuk menguruksn EBM ni iaitu simpan susu 3oz tu di dalam botol beserta putingnya  sekali. Jadi pengasuh hanya panaskan dan cairkan portion susu tersebut lalu terus disuapkan kepada bayi. SENANG!
  • Cara ini juga dapat mengelakkan pembaziran susu apabila pengasuh tak dapat nak agak berapa oz bayi menyusu lalu terlebih panaskan susu lalu susu tersebut berada di luar dah lebih 4 jam. Sayang wooo buang susu yang dah tak boleh diminum tu.. Rasa nak menangis jer.
  • Satu lagi kelebihan guna botol ini ialah, ia lebih HIJAU (environmental friendly) di mana botol susu tersebut boleh digunakan semula. Secara tidak langsung, sangat menjimatkan tak perlu beli lagi dah.

b. Jika pengasuh berpengalaman menguruskan EBM

Sumber: Google

Plastik penyimpanan susu boleh digunakan. Beberapa saiz dan jenama yang terdapat di pasaran iaitu 5oz, 9oz dan 12oz. Bergantung kepada kesukaan ibu-ibu nak guna yang mana. Pengasuh yang dah biasa dengan EBM selalunya tiada masalah menguruskan EBM di dalam storage begini. Dah expert lah katakan. Cumanya, kaedah ini tidak HIJAU kerana plastik tersebut perlu dibuang dan tidak boleh digunakan semula dan perlu dibeli sekiranya dah habis.

Sumber: Google

Happy Breastfeeding Mommies!

-CikSue-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *