Anda mahu tips mudah bersalin tanpa sebarang jahitan?

Ibu hamil kena rajin buat tips ni sebelum bersalin lagi ni tau.

Selain daripada mengamalkan pengambilan suplemen jus Premamma LaMamma dari awal kehamilan dan minum minyak kelapa dara (VCO), bersenam dan banyakkan berjalan, Urutan Perineum juga boleh dilakukan.

Menurut Dr.Siti Esah, Pakar Obstetrik & Ginekologi KPJ Selangor, ada beberapa kelebihan kepada ibu hamil yang mengamalkan minyak kelapa dara.

1. Ia boleh membantu perubahan serviks. Oleh itu akan memudahkan dan melembutkan serviks sebelum berlaku kontraksi.

2. Bahkan masa proses bersalin ia juga mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan prosedur pembedahan.

3. Mengurangkan risiko koyak semasa meneran dan ibu tak perlu episiotomi sekiranya menggunakan minyak kelapa dara sebagai urutan perineum pada hujung kehamilan.

Perineum adalah kawasan di antara faraj dan dubur.

Urutan perineum menggunakan minyak kelapa dara (atau minyak zaitun) hanya boleh diamalkan apabila usia kandungan mencecah 35 minggu ke atas sahaja.

Urutan boleh dibuat dalam keadaan berikut:

1. Di atas katil iaitu bersandar pada dinding
2. Di atas kerusi
3. Di atas mangkuk tandas
4. Di atas sofa

Cara urutan seperti dalam gambar.

Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan. Mudah mudahan dipermudahkan proses melahirkan.

Semoga bermanfaat dan silalah dikongsikan kepada sesiapa ya.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *